Monday, November 28, 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat - Perpatih Cycling Community

Di ambil dari Blog page Perpatih Cycling Community



Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi pengunjung-pengunjung blog rasmi Perpatih.
Sejak kali terakhir blog ini dikemaskini, pelbagai acara dan aktiviti yang telah disertai dan dianjurkan oleh ahli-ahli Perpatih. Antaranya, ialah Perpatih telah dengan jayanya menganjurkan Jamboree - Cabaran Bukit Putus pada 3 April 2011. Kita tidak akan mengulas lanjut tentang penganjuran jamboree tersebut kerana ianya telah pun selesai dianjurkan.

Terkini, Perpatih Cycling Komuniti telahpun berjaya didaftarkan secara rasmi. Secara formalnya, Perpatih kini dekenali sebagai KELAB BERBASIKAL PERPATIH. Bagi yang baru mengenali Perpatih, walaupun nama rasmi Perpatih ini seperti suatu yang eksklusif kerana menggunakan perkataan 'Kelab' tetapi falsafah Perpatih tetap seperti sebagai mana ianya mula-mula ditubuhkan, iaitu Perpatih ini terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau ras. Andainya anda minat berkayuh, Perpatih mengalu-alukan penyertaan anda.

Setelah didaftarkan secara rasmi, kini Perpatih berhajat untuk mengadakan majlis Pendaftaran Ahli dan Kayuhan Santai bagi mengumpulkan seberapa ramai kaki kayuh disekitar Negeri Sembilan.

Majlis ini akan diadakan pada : 11 Disember 2011
Masa : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Kompleks Belia Dan Sukan Paroi

Pendaftaran dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti berbasikal tidak kira anda mempunyai basikal MTB, Roadie, BMX, Fixie, Basikal Tua mahupun Basikal Jipang.

Lucky draw juga akan diadakan selepas kayuhan santai.

Yuran pendaftaran adalah RM20 bagi dewasa dam RM10 bagi pelajar sekolah. Borang pendaftaran boleh di cetak seperti di bawah.


Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi
Jamari - 0192688529
Nizarimi - 0123890176
Kamarul - 0106000909
Rezar Junk - 0173456982
Adib - 0166789400
Wan Buzz - 0172121144
Bagi yang mempunyai akaun facebook, pertanyaan juga boleh dibuat di http://www.facebook.com/events/249110075146492/

No comments:

Post a Comment