Thursday, February 24, 2011

Jawatan Kosong - Ketua Editor mStar

Aku rasa mStar online tak de Ketua Editor la. Sampai macam ni punya fail pun tak dapat nak detect!

Klik untuk saiz gadang

Kalau diorang nak orang proof read diorang punya artikel cakap je kat aku. Bayaran minima dikenakan.

Friday, February 18, 2011

Aku menang duit 800,000 !!!

Aku teruja. Hari ni aku dapat e-mail dari Blackberry Corp. Aku menang £ 800,000 dari diorang. Mula-mula aku tak percaya tapi attachment dari diorang ni amat meyakinkan aku.  

Tapi satu problem. Telefon semasa aku tajuk dia Nokia. Mane lak aku nak sambar satu telefon Blackberry ni?

Sunday, February 13, 2011

1 Malaysia 1 Ummah vs Hari mengayakan peniaga2 bunga

Ya, tarikh posting ni tarikh Hari Lima atau dalam bentuk Romannye Hari V. Bila hari V ni ramai la kapel mapel yang teruja nak sambut kononnye nak tunjuk la kasih sayang depa ni kt diorang punya kekasih. Aku dari dulu memang tak penah sambut Hari V ni sebab malas la beli bunga dan coklat pada harga premium (sori ye Puan Ani RafaLe).

Sebab Hari V ni juga la ada bermacam hujah yang keluar menyokong dan mengkondem Hari V ni. Aku lak berpendapat semua ni jadi hangat sebab tahun ni sambutan Hari V ni sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul 1432H. Kalau tak, tak ramai la yang akan mempolitikkan sambutan Hari V ni.

Bagi yang sambut atau sambut secara halus, bergembiralah dengan insan tersayang korang hari ni, esok kita sambut hari kelahiran insan tersayang Umat Islam lak. Sebelum buat pape pikir dulu ok. Jangan 9 bulan dari hari ni ada lak bayi yang kena buang.

Bagi yang tak sambut, malam ni sampai esok buat la ibadah banyak2 sempena kelahiran Junjungan Besar kita.

Tahun ni punye tema sambutan Maulidur Rasul ape dia ye?

Kuboran...

Kuboran bukan kuburan. Nama ni gua plagiat dr Timbalan Presiden Cycling Community gua masa kitorang berpeleseran kat Dataran Somban. Maksud eh KUMPULAN BORAK RANCAK. Walaupun gua sorang yang handle blog ni, tapi aku nak guna gak nama Kuboran. Blog aku, aku punya suka la (guna tone Kuswadinata sebelum kena tumbuk ngan P.ramlee dlm Seniman Bujang Lapok)

Takkan lak aku nak namakan blog ni Senboran macam semburan plak.... tak horror langsung.